Kem Motivasi Pelajar Di Pusat Latihan Islam Kundasang

Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK) telah berjaya melaksanakan Kem Motivasi Pelajar melibatkan enam buah sekolah agama yang terpilih; SMKA Kota Kinabalu, SMKA Tun Datu Ahmadshah Inanam, SMKA Tun Said Kota Belud, SMKA Limauan Kimanis, SMKA Mohamad Ali Ranau dan SMKA Tun Datu Mustapha, Kinarut Papar. Program tersebut telah dikendalikan oleh Unit Latihan Pembangunan Insan, Pusat Latihan Islam Kundasang dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Sabah. Seramai 60 pelajar telah menghadiri kem 3 hari 2 malam yang telah diadakan pada bulan lepas itu.
 
Antara objektif kem ini ialah memberi pendedahan, latihan dan bimbingan kepada pelajar mengurus diri, merancang dan menjayakan matlamat hidup, melahirkan golongan pelajar yang berakhlak mulia serta mempunyai perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan menghargai jasa kedua ibubapa, guru, pemimpin dan Negara. Tenaga pengajar kem tersebut adalah seramai tiga orang. Ceramah 1 telah dibentangkan oleh Tuan Haji Mohd Razali bin Hamid, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Sabah bertajuk ‘Akidah Teras Insan Kamil’, ceramah 2 oleh Tuan Haji Saifulzaman bin Sangul,   Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam dengan tajuk ‘Solat Asas Pembentukan Peribadi Unggul’ dan ceramah yang terakhir disampaikan oleh Ustaz Musli bin Mail, Penyelia Sektor Pendidikan Islam. Manakala tenaga fasilitator daripada keenam-enam SMKA tersebut telah melancarkan pelbagai aktiviti termasuk latihan dalam kumpulan (LDK), riadah dan tazkirah  
 
Pada majlis penangguhan kem ini, ucapan aluan telah disampaikan oleh Ustaz Saiful Mukharrom bin Tahrir, Penyelaras Program (PLIK) yang mewakili tuan pengetua dan seterusnya ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg.Ustaz Mohamed Zaki bin Abd. Ghani Ketua Sektor, Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
 
 
 
Para peserta mendengar taklimat pada hari pertama program
 
 
 
 
Sesi pembentangan kerja kumpulan
 
 
 
 
Sesi bimbingan dalam kumpulan " kaedah wudhuk sempurna "
 
 
 
 
Bergambar kenangan berlatar belakangkan gunung tertinggi di Asia Tenggara
 
 
 
 
Suasana di dalam dewan kuliah
 
 
 
 
Peserta memberikan komitmen penuh kepada aktiviti yang dijalankan
 
 
 
 
Persembahan khas oleh para peserta
 
 

 

Groups: