Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Merasmikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2009M

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2009M telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Disember 2009 di Dewan Planeri, Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan merasmikan majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada Tokoh Maal Hijrah 1431H.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2009M seterusnya titah ucapan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Tema yang telah dipilih bagi sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu ”Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah” selaras dengan konsep “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

 

Turut hadir memeriahkan majlis sambutan Maal Hijrah pada tahun ini Y.A.Bhg. Tun Haji Sakaran Dandai, Y.A.Bhg. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, YB Dato’ Mustapa bin Mohamed, YB Dato’ Seri Shafie Apdal, YB Dato’ Dr. Abdullah bin Md. Zin, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim dan dif-dif kehormat yang lain. Dewan Planeri dipenuhi 2700 penonton terdiri dari kontinjen Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta, Badan Berkanun dan orang awam.

 

Acara kemuncak bagi sambutan ini adalah pengumuman tokoh Maal Hijrah oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Hj. Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jakim dengan menyaksikan YBhg Tan Sri Mohd Yusuf bin Noor, Pengerusi FELDA (tokoh tempatan) serta Al-Allamah Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (tokoh antarabangsa) dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2009M.

 

Acara sambutan ini dimeriahkan dengan bacaan ayat suci al -Quran oleh Johan KAFA 2009, Adik Amir Naufal bin Mohd Rashid. Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan khas yang dikendalikan oleh Multimedia & Digital Work Sdn. Bhd. yang terdiri daripada artis kumpulan nasyid Brothers, Qasidah dan Sketsa yang bertajuk Pertarungan Hijrah Hati & Nafsu. Artis-artis yang terlibat terdiri daripada Norzizi Zulkifli, Azri Iskandar dan Que Haidar. Turut memeriahkan majlis, persembahan dikir barat oleh Kumpulan Dikir Barat Permata Timur.

 

Titah ucapan perasmian oleh DYMM Sultan Kedah.

 

Y.Bhg. Dato' KP Jakim membacakan biodata tokoh Maal Hi
rah 1431H.

 

Tokoh Maal Hijrah menerima cenderamata daripada DYMM Sultan Kedah.

 

Penyampaian cenderamata kepada tokoh Maal Hijrah dari luar negara.

 

Kedua-dua tokoh bergambar kenang-kenangan bersama DYMM Sultan Kedah dan dif kehormat.

 

Sidang media bersama tokoh Maal Hijrah, YB Menteri di JPM, YB Timbalan Menteri di JPM dan KP Jakim.