Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:41 Syuruk : 6:56 Zohor : 13:00 Asar : 16:19 Maghrib : 19:00 Isyak : 20:10

Bangi, 24-27 September 2017– Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Pengurusan Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid telah menganjurkan Kursus Sijil Tinggi Pengurusan Sains Dakwah” (Tahap 4) pada 24 hingga 28 September 2017. Kursus ini berlangsung selama empat hari yang melibatkan seramai 26 orang peserta yang terdiri dari pegawai perkhidmatan hal ehwal Islam dan pelbagai agensi perkhidmatan awam dari seluruh Malaysia. Kursus ini juga merangkumi latihan praktikal kepada peserta-peserta yang telah berjaya melepasi tiga tahap sebelumnya.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan strategi dan pendekatan dakwah yang berkesan kepada kumpulan sasar dengan sistematik agar peserta boleh melibatkan diri secara aktif dalam menyumbang tenaga dan meningkatkan kesungguhan dalam kerja-kerja dakwah. Antara modul dalam kursus ini adalah :

  1. Modul Metodologi Dakwah
  2. Modul Pengurusan dan Kepimpinan Dakwah
  3. Modul Psikologi dan Kaunseling Islam
  4. Modul Komunikasi Dakwah dan Media Baharu
  5. Latihan Amali/Praktikal

Peserta telah didedahkan dengan Program Street Dakwah di sekitar kawasan ibu negara seperti di Kampung Baru, Jalan Masjid India dan KLCC serta program untuk bertemu gelandangan, golongan remaja dan golongan bermasalah di kawasan tersebut.

Program Ziarah Mahabbah Ihya’ Wasatiyyah bersama masyarakat FELDA gugusan Tun Ghafar, Jasin, Melaka turut diadakan. Antara FELDA yang terlibat ialah FELDA Tun Ghafar Bukit Senggeh, FELDA Tun Ghafar Air Kangkong dan FELDA Tun Ghafar Kemendor. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj. Ghazale bin Muhamad, ADUN Kawasan Rim, Melaka. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation, Seranta FELDA dan Institut Wasatiyyah Malaysia.

Sudah sampai masanya program-program dakwah diberi nafas baru supaya usaha dakwah kita tidak ketinggalan zaman dan sentiasa selari dengan kehendak masyarakat pada hari ini. Tugas dan bebanan yang harus digalas oleh pendakwah kini lebih mencabar. Pendakwah perlu membuat persediaan yang rapi dengan melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu.

Diharapkan dengan perlaksanaan kursus ini dapat memberi info yang meluas, kefahaman yang mendalam, kemahiran yang pelbagai serta keberanian yang jitu dalam mempersiapkan diri sebagai seorang da’i pegawai hal ehwal Islam alaf ke- 21.

 

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 Oktober 2017.
Jumlah Pelawat :12077718